Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- TAKLIMAT FORMAT PELAN KONTINGENSI TUMPAHAN MINYAK (MOSCoP) NEGERI DAN PELAN TINDAKAN PEMBERSIHAN PANTAI NEGERI (PTPP)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Bahagian Air & Marin
- Lokasi
- Atas talian
Penerangan
Tarikh: 30 Mac 2026
Taklimat ini adalah bertujuan untuk menerangkan rangka format dalam penyediaan Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak (MOSCoP) dan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Negeri (PTPP) di peringkat negeri sebagai panduan kepada semua JAS Negeri terlibat bagi memastikan pelan yang dibangunkan adalah lebih tersusun, komprehensif dan selaras serta mengambilkira perkara berkaitan Penyelamatan Hidupan Liar yang terjejas disebabkan pencemaran minyak.
Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 33 orang wakil dari JAS Negeri dan pegawai-pegawai Seksyen Kontingensi Tumpahan Minyak.
Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Norina Frederick Sambang, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Seksyen Kontingensi Tumpahan Minyak, Bahagian Air dan Marin, JAS Putrajaya. Semoga sesi ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan penyelarasan dalam memperkukuhkan tahap kesiapsagaan serta keupayaan menghadapi tumpahan minyak.