Koleksi Gambar / Program Pengawasan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JOINT SAMPLING EXERCISE AT THE STRAITS OF JOHOR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Bahagian Air & Marin
- Lokasi
- Johor
Penerangan
Tarikh: 19 Mei 2026
Satu Joint Sampling Exercise at the Straits of Johor telah diadakan hasil kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysia dan National Environment Agency (NEA), Singapura di bawah platform Malaysia–Singapore Joint Committee on the Environment (MSJCE).
Program latihan ini turut dihadiri oleh Dr. Mohd Famey Yusoff, Pengarah JAS Negeri Johor, Tuan Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, Ibu Pejabat JAS, serta Ms. Tan Li Yen, Group Director, Clean Environment Group dan Ms. Jelita Teper, Director, Environmental Monitoring and Modelling Division daripada NEA, Singapura.
Program ini telah disertai oleh sembilan (9) orang peserta daripada JAS, Malaysia, sembilan (9) orang wakil daripada NEA dan Ministry of Sustainability and Environment (MSE), Singapura serta kontraktor dari Malaysia dan Singapura.
Pelaksanaan Joint Sampling Exercise ini merupakan langkah penting susulan pemuktamadan “Guidelines for the Joint Seawater Monitoring Programme for the Straits of Johor” pada September 2025. Garis panduan tersebut menyediakan kerangka bersama bagi kedua-dua negara dari segi teknik persampelan, kaedah analisis dan interpretasi data bagi memastikan keseragaman serta kebolehpercayaan data pemantauan.
Program ini turut mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Singapura dalam memperkukuh kerjasama teknikal serta usaha melindungi kualiti air di Selat Johor. Selain meningkatkan keupayaan teknikal, program ini juga berjaya mengeratkan hubungan serta persefahaman antara agensi yang terlibat.