PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM LATIHAN TEKNIKAL MENGENAI DASAR, PENGUATKUASAAN DAN ANALISIS BAHAN PENYEJUK DI BEIJING, CHINA

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 04/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LATIHAN TEKNIKAL MENGENAI DASAR, PENGUATKUASAAN DAN ANALISIS BAHAN PENYEJUK DI BEIJING, CHINA
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
BEIJING, CHINA

Penerangan

Pada 25 hingga 29 Mei 2026, satu Program Latihan Teknikal Mengenai Dasar, Penguatkuasaan dan Analisis Bahan Penyejuk telah diadakan di Environmental Development Center, Beijing, China. Program ini telah dihadiri oleh empat (4) delegasi dari Malaysia yang melibatkan dua (2) orang pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan dua (2) orang pegawai daripada Jabatan Kimia Malaysia. Program ini dianjurkan oleh United Nations Development Programme (UNDP) di bawah Projek HCFC Phase-out Management Plan (HPMP) Peringkat III dengan kerjasama Foreign Environmental Cooperation Center (FECO) dan Ministry of Ecology and Environment (MEE), China. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal pegawai dalam aspek pemantauan, penguatkuasaan, persampelan dan analisis bahan pemusnah ozon (BPO) serta bahan penyejuk. Semua peserta turut didedahkan kepada penggunaan peralatan makmal berteknologi tinggi seperti GC-ECD, GC-MS, PTR-MS dan PID. Sepanjang program, semua peserta berpeluang untuk mengikuti sesi kuliah teknikal, demonstrasi, latihan amali makmal dan perbincangan berkaitan kaedah persampelan, kawalan kualiti (QA/QC), analisis data dan pengesanan BPO. Program ini juga membantu memperkukuh kapasiti teknikal Malaysia dalam memenuhi obligasi di bawah Protocol Montreal.