Koleksi Gambar / Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS NEGERI PAHANG
- Lokasi
- PAHANG
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2026 bagi bulan Mei 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anggerik dengan kehadiran seluruh warga kerja JAS Negeri Pahang.
Majlis dimulakan dengan amanat oleh Yang Berusaha, Tuan Pengarah JAS Negeri Pahang, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, yang menekankan kepentingan melaksanakan amanah tugas dengan penuh integriti, disiplin serta komitmen yang tinggi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan.
Dalam ucapannya, beliau memberi penekanan serius terhadap amalan perbelanjaan berhemah, dengan menyeru agar setiap warga jabatan mengurus sumber kewangan secara cekap, berdisiplin dan bertanggungjawab. Penegasan ini selaras dengan usaha kerajaan dalam mendepani cabaran ekonomi global semasa, di samping memastikan setiap perbelanjaan memberikan pulangan nilai terbaik kepada organisasi.
Majlis turut diserikan dengan Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan persaraan En. Mohd Asri bin Ramli dan En. Hamdan bin Yaakub sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Diharapkan penganjuran majlis seperti ini akan terus menyemarakkan semangat kerja berpasukan, memperkukuh budaya kerja cemerlang serta memacu kecemerlangan penyampaian perkhidmatan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.