Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN SEBUAH BLOK HOSPITAL BAHARU BERKAPASITI 270 BUAH KATIL DENGAN KEMUDAHAN SOKONGAN BERKAITAN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
3 JUN 2026, KUALA LUMPUR –Pihak Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan satu lawatan tapak rasmi bagi meneliti lokasi Cadangan Pembangunan Sebuah Blok Hospital Baharu Berkapasiti 270 Buah Katil dengan Kemudahan Sokongan Berkaitan untuk Tetuan Universiti Malaya. Projek ini melibatkan lot-lot tanah PT28, PT30, PT32, PT34, PT36, PT38, PT7, PT9, PT11, PT13, PT23, PT25, PT 27, PT29 dan sebahagian PT 41 di Seksyen 15, Lorong Universiti, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pemantauan ini adalah bagi memastikan pemaju mematuhi standard piawaian kemudahan kesihatan negara.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama