Koleksi Gambar / Peralatan ICT/Teknikal
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI PEMBELAJARAN BAGI PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAS WPKL) SIRI 2/2026 : PENGGUNAAN PENGGUNAAN MYGEOSPAS UNTUK PENYEDIAAN LAPORAN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- JAS WPKL
Penerangan
5 JUN 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan Program Sesi Pembelajaran Pegawai JAS WPKL Siri 2/2026 : Penggunaan MyGeoSpAS. Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 16 orang pegawai teknikal JAS WPKL.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi penerangan serta tatacara penggunaan sistem MyGeoSpAS kepada pegawai-pegawai teknikal JAS WPKL. Melalui sesi ini, para peserta didedahkan dengan kaedah praktikal bagi memanfaatkan MyGeoSpAS dalam tugasan harian, khususnya dalam penyediaan laporan pemetaan dan laporan analisis data yang lebih sistematik, tepat dan berkesan.
Program ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman pegawai terhadap fungsi MyGeoSpAS, malah turut memperkukuh keupayaan mereka dalam mengaplikasikan teknologi geospatial bagi menyokong proses membuat keputusan dan pelaporan alam sekitar. Dengan adanya latihan ini, pegawai JAS WPKL diharap dapat menghasilkan laporan yang lebih berkualiti serta menyumbang kepada pengurusan alam sekitar yang lebih efisien di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#JASWilayahPersekutuanKualaLumpur
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam