PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

Celestica Green Footsteps & Jungle Tracking

JAS PULAU PINANG 10/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Celestica Green Footsteps & Jungle Tracking
Tahun
2026
Organisasi
Celestica & Nur Salam
Lokasi
Teluk Bahang, Pulau Pinang

Penerangan

Program Celestica Green Footsteps & Jungle Tracking 2026 Pada 3 Jun 2026 (Rabu), satu program Celestica Green Footsteps & Jungle Tracking telah diadakan di Teluk Bahang, Pulau Pinang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Celestica dan Nur Salam dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh wakil penganjur dan agensi yang terlibat, antaranya Pengurus Operasi Celestica, Tuan Badlishah selaku Pengarah JAS Negeri Pulau Pinang, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta wakil Nur Salam. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar, memupuk semangat cintakan alam semula jadi serta mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara pihak industri, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk aktiviti jungle tracking, perkongsian ilmu berkaitan biodiversiti dan pemuliharaan hutan serta aktiviti kesedaran alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah diwakili oleh enam (6) orang pegawai dan kakitangan yang turut mengambil bahagian dalam program tersebut sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dan pengukuhan jaringan kerjasama antara agensi serta pihak industri. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan melalui penyertaan aktif semua pihak yang terlibat.