Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) BERTEMAKAN DAYA TAHAN ORGANISASI MELALUI KKP: SEDIA HADAPI CABARAN MASA DEPAN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- USM
- Lokasi
- NIBONG TEBAL
Penerangan
20 MEI 2025, NIBONG TEBAL :Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah dijemput sebagai penceramah sempena Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bertemakan Daya Tahan Organisasi Melalui KKP : Sedia Hadapi Cabaran Masa Depan.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Intan Arnieza Binti Abdul Razak, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang yang bertajuk ‘ Pengurusan Efektif Buangan Terjadual melalui Sistem Aplikasi Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS v2).
Sistem aplikasi ini merupakan satu medium penting ‘Digital Forensic’ bagi memudahkan pegawai Jabatan ini menjalankan siasatan dan semakan pematuhan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang terus komited dalam merealisasikan penguatkuasaan secara digital yang cepat, pantas dan telus terhadap pengurusan buangan terjadual yang berkesan.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan@doe.gov.my
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasnegeripulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama