PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

LAWATAN KERJA RASMI PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG KE PROJEK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) PULAU PINANG - LALUAN MUTIARA

JAS PULAU PINANG 10/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA RASMI PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG KE PROJEK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) PULAU PINANG - LALUAN MUTIARA
Tahun
2026
Organisasi
Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

25 Mei 2026, Pulau Pinang – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada pihak penggerak projek, MRT Corporation, serta kontraktor utama, SRS Consortium. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai keadaan semasa tapak serta meninjau aktiviti pembinaan yang sedang dijalankan. Projek LRT Laluan Mutiara yang dijangka merentasi sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 buah stesen ini bakal menghubungkan kawasan-kawasan utama di Pulau Pinang. Selain itu, tinjauan ini dilakukan bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) serta menilai keberkesanan pelaksanaan Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) di tapak projek. Lawatan ini secara tidak langsung menjadi platform interaksi antara agensi kerajaan, penggerak projek, dan pihak kontraktor untuk membincangkan isu-isu pematuhan, sekali gus memperkukuh tindakan pencegahan serta kawalan pencemaran sepanjang fasa pelaksanaan projek. JAS Negeri Pulau Pinang mengingatkan semua pihak yang terlibat agar sentiasa mematuhui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #jaspp2026 #alamsekitartanggungjawabbersama