PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

OPS BERSEPADU KENDERAAN PERDAGANGAN BERSAMA PDRM IPD BARAT DAYA

JAS PULAU PINANG 10/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU KENDERAAN PERDAGANGAN BERSAMA PDRM IPD BARAT DAYA
Tahun
2026
Organisasi
IPD BARAT DAYA
Lokasi
IPD BARAT DAYA

Penerangan

7 MEI 2026, BALIK PULAU - Jalinan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Pulau Pinang diteruskan dengan satu lagi Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan. Operasi yang bertempat di Lebuharaya Tun Dr. Lim Chong Eu ini melibatkan kekuatan 8 pegawai dan anggota PDRM serta 6 pegawai penguatkuasa JAS Pulau Pinang. Sebanyak 98 pemerhatian visual telah dijalankan ke atas pelbagai jenis kenderaan berenjin diesel. Daripada 38 buah kenderaan yang disaring, sebanyak tujuh (7) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terlibat di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Para pemilik kenderaan berenjin diesel diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama