PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

OPS PERDAGANGAN KENDERAAN PETROL & GAS MOTOSIKAL BERSAMA MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)

JAS PULAU PINANG 10/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS PERDAGANGAN KENDERAAN PETROL & GAS MOTOSIKAL BERSAMA MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)
Tahun
2026
Organisasi
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)
Lokasi
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)

Penerangan

21 Mei 2026, PULAU PINANG - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai, telah menjalankan Operasi Kenderaan Perdagangan Petrol & Ops Gas Motosikal bertempat di Kawasan Perindustrian Bebas (FIZ) Perai. Seramai 5 orang pegawai penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang terlibat di dalam operasi ini. Pemeriksaan telah dijalankan ke atas pelbagai jenis kenderaan berenjin petrol dan motosikal. Sebanyak tujuh (7) buah kenderaan telah disaring dan menjalani ujian meter, manakala pemeriksaan saringan pelepasan gas motosikal telah dibuat ke atas 5 buah motosikal. Didapati sebuah kenderaan enjin petrol telah melepaskan gas Karbon Monoksida dan Hidrokarbon melebihi had dibenarkan di bawah Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, AKAS 1974. Satu (1) tawaran kompaun disyorkan serta satu (1) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terlibat bagi menjalani ujian semula. Kepada pemilik kenderaan berenjin petrol anda diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppmei2026