Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KAJIAN SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) BERKAITAN PENGUATKUASAAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DALAM PROSES PEMERIKSAAN DAN KELULUSAN KEMASUKAN KONTENA MELIBATKAN E-WASTE DI NORTH BUTTERWORTH CONTAINER TERMINAL, PULAU PINANG
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- BUTTERWORTH, PULAU PINANG
- Lokasi
- BUTTERWORTH, PULAU PINANG
Penerangan
BUTTERWORTH, 21 MEI 2026 - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah melaksanakan satu sesi perbincangan strategik bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang, yang disusuli dengan lawatan kajian lapangan di North Butterworth Container Terminal (NBCT), Pulau Pinang. Lawatan tersebut disertai oleh Tuan Badlishah Bin Ahmad, Pengarah JAS Negeri Pulau Pinang, Ts. Dr. Azlan Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Berbahaya JAS Ibu Pejabat serta pegawai-pegawai kanan JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama adalah pengurusan tertinggi daripada agensi rakan strategik termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pulau Pinang, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) serta Penang Port Sdn. Bhd.
Pelaksanaan kajian lapangan ini menggunakan pendekatan berasaskan bukti (evidence-based) dan menyeluruh bagi memastikan setiap penilaian yang dibuat mencerminkan realiti sebenar pelaksanaan penguatkuasaan di lapangan. Objektif utama program ini adalah untuk meneliti secara langsung keseluruhan rantaian proses pemeriksaan serta kelulusan kemasukan kontena yang melibatkan buangan sisa elektrik dan elektronik (e-waste). Di samping itu, ia bertujuan mengenal pasti isu pelaksanaan, cabaran operasi, serta potensi jurang tadbir urus yang memerlukan penambahbaikan melalui syor-syor strategik di peringkat dasar mahupun operasi nasional.
JAS Negeri Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi rakan strategik atas kerjasama padu yang diberikan demi menjaga keselamatan sempadan serta memelihara kelestarian alam sekitar negara.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggugnjawabbersama