Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) BUANGAN TERJADUAL NEGERI PAHANG 2026 & SEMINAR TOWARDS RESPONSIBLE SCHEDULED WASTE MANAGEMENT: ALIGNING EIA REQUIREMENTS AND ISO 14001
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS PAHANG
- Lokasi
- KUANTAN
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Sukan dan Sosial JAS Pahang telah berjaya menganjurkan Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (PYDT) Buangan Terjadual Negeri Pahang 2026 serta seminar bertajuk Towards Responsible Scheduled Waste Management: Aligning EIA Requirements and ISO 14001 bertempat di Swiss-Grand Beach Resort Kuantan.
Program ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, sektor industri, perunding serta organisasi berkaitan.
Majlis penyerahan lesen telah disempurnakan oleh Tuan Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Sebanyak 21 lesen PYDT Buangan Terjadual telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang bagi tahun 2026.
Seminar ini turut menampilkan perkongsian ilmu oleh barisan penceramah berpengalaman, iaitu Puan Hajah Rohimah binti Ayub (Mantan Pengarah Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat), Puan Siti Noriah binti Abu Bakar (Ketua Cawangan, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Temerloh), serta Puan Marliani binti Mohd Ramli dan Encik Aliff Akmal bin Abdul Aziz daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Antara pengisian utama yang diketengahkan termasuk aspek pertimbangan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dalam pembangunan fasiliti rawatan dan pelupusan buangan terjadual, pendekatan inovatif waste-to-value dalam pengurusan sisa, serta integrasi pengurusan buangan terjadual ke dalam sistem pengurusan alam sekitar berasaskan ISO 14001.
Program turut diserikan dengan sesi dialog interaktif yang membuka ruang kepada perbincangan, pertukaran pandangan serta perkongsian pengalaman dalam kalangan peserta.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh tahap kesedaran, meningkatkan pematuhan serta memperkasa amalan pengurusan alam sekitar yang lebih mampan dan bertanggungjawab.