Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN KERJA JAS NEGERI PAHANG KE STESEN JANAKUASA TNB PULAU TIOMAN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS PAHANG
- Lokasi
- TNB PULAU TIOMAN
Penerangan
abatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang yang diketuai oleh Pengarah JAS Negeri Pahang, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd telah mengadakan lawatan kerja ke fasiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pulau Tioman bagi meninjau operasi penjanaan tenaga serta pengurusan alam sekitar yang dilaksanakan di pulau peranginan tersebut.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dalam memastikan pembangunan dan penyediaan utiliti dilaksanakan secara lestari serta mematuhi keperluan perlindungan alam sekitar. Selain itu, sesi lawatan turut memberi pendedahan berkaitan langkah kawalan pencemaran, pengurusan sisa serta inisiatif ke arah penggunaan tenaga yang lebih cekap dan mesra alam.
JAS Negeri Pahang komited untuk terus memperkukuhkan kerjasama bersama pelbagai pihak dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang