PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT JAS NEGERI PAHANG KEPADA REEF CHECK MALAYSIA, PULAU TIOMAN

JAS PAHANG 10/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT JAS NEGERI PAHANG KEPADA REEF CHECK MALAYSIA, PULAU TIOMAN
Tahun
2026
Organisasi
JAS NEGERI PAHANG
Lokasi
PULAU TIOMAN

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang yang diketuai oleh Pengarah JAS Negeri Pahang, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd telah mengadakan kunjungan hormat kepada Reef Check Malaysia Cawangan Pulau Tioman bagi meninjau pelaksanaan program pemuliharaan ekosistem marin dan usaha pemeliharaan terumbu karang di kawasan Pulau Tioman. Kunjungan hormat ini juga bertujuan memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara agensi dan pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha memelihara khazanah alam semula jadi, khususnya ekosistem marin yang menjadi aset penting kepada biodiversiti dan sektor pelancongan negara. Delegasi JAS Negeri Pahang turut diberikan taklimat berkaitan aktiviti pemantauan terumbu karang, program kesedaran komuniti serta inisiatif pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan oleh Reef Check Malaysia dalam memastikan kelestarian alam marin terus terpelihara. JAS Negeri Pahang komited untuk terus memperkukuhkan kerjasama bersama pelbagai pihak dalam usaha melindungi dan memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.