PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KE ATAS PENGLIBATAN DALAM EKSESAIS SHIELD SAR 2026

JAS NEGERI SEMBILAN 10/06/2026 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KE ATAS PENGLIBATAN DALAM EKSESAIS SHIELD SAR 2026
Tahun
2026
Organisasi
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

5 Jun 2026, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan merupakan salah satu jabatan yang terlibat di dala Eksesais SHIELD SAR 2026 yang telah diadakan pada 25 April 2026 bertempat di Pantai Batu 1, Port Dickson. Esksesais ini julung kalinya membabitkan 25 hingga 30 agensi kerajaan dan swasta. Eksesais ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan serta kecekapan operasi mencari dan menyelamat (Search and Rescue - SAR) melibatkan pelbagai agensi semasa menghadapi sesuatu bencana. Penyampaian sijil penghargaan di sampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun kepada agensi yang terlibat. Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua agensi yang telah menjayakan Eksesais SHIELD SAR 2026 yang berkonsepkan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) dengan memberi tumpuan kepada latihan Search and Rescue (SAR) melalui simulasi insiden kemalangan pesawat komersial berhampiran persisir pantai Port Dickson. Eksesais ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang menunjukkan semangat kerjasama, profesionalisme dan kesiapsiagaan yang dipamerkan menerusi Eksesais SHIELD SAR 2026 ini terus diperkukuhkan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.