PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SIASATAN HOTSPOT DI KAWASAN PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 10/06/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN HOTSPOT DI KAWASAN PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Tahun
2026
Organisasi
JASNS
Lokasi
PORT DICKSON

Penerangan

4 Jun 2026, Port Dickson - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menggerakkan pasukan penguatkusaan untuk mengesan mengesan titik panas melalui satelit. . Siasatan segera digerakkan di lapangan dan pesalah boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Prosedur operasi standard (SOP) siasatan titik panas oleh pihak JAS merangkumi beberapa fasa utama iaitu menjalankan siasatan terperinci mengenai punca asap atau kebakaran dan menghubungi BOMBA bagi kerja-kerja pemadaman sekiranya kebakaran sedang aktif. Tindakan penguatkuasaan yang akan dikenakan ke atas pelaku ialah dengan membuka kertas siasatan bagi kesalahan membakar terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai kejadian pembakaran terbuka atau titik panas di kawasan berhampiran dengan menghubungi talian berikut: Talian Bebas Tol JAS: 1-800-88-2727 Jabatan Bomba dan Penyelamat: 999 Portal Aduan Atas Talian: eAduan JAS