PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Pengurusan JAS

eNAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN DI JAS NEGERI PAHANG

JAS PAHANG 10/06/2026 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
eNAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN DI JAS NEGERI PAHANG
Tahun
2026
Organisasi
JAS PAHANG
Lokasi
PAHANG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menerima lawatan Pasukan Naziran daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang bagi pelaksanaan eNaziran Pematuhan Perakaunan Akruan yang berlangsung pada 18 hingga 21 Mei 2026. Pelaksanaan naziran ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap peraturan kewangan dan perakaunan semasa yang berkuat kuasa di peringkat pusat tanggungjawab (PTJ), di samping memperkukuh tadbir urus kewangan yang cekap, telus dan berintegriti. JAS Negeri Pahang komited memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi naziran berlangsung demi memastikan pengurusan kewangan jabatan sentiasa berada pada tahap terbaik selaras dengan prinsip akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.