PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

OPS BERSEPADU JABATAN ALAMSEKITAR NEGERI PAHANG BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD BENTONG DAN AGENSI-AGENSI LAIN (JPJ DAN AADK)

JAS PAHANG 10/06/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU JABATAN ALAMSEKITAR NEGERI PAHANG BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD BENTONG DAN AGENSI-AGENSI LAIN (JPJ DAN AADK)
Tahun
2026
Organisasi
IPD BENTONG
Lokasi
BENTONG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah melaksanakan Ops Bersepadu bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong serta agensi-agensi penguatkuasaan lain iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Operasi yang berlangsung dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi di KM 14.7, Plaza Tol Jalan Genting Highlands, Bentong ini bertujuan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serta meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa di bawah bidang kuasa agensi masing-masing. Melalui pelaksanaan operasi secara bersepadu ini, pemeriksaan telah dijalankan ke atas pelbagai jenis kenderaan bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar, keselamatan jalan raya dan aspek berkaitan yang lain. Kerjasama strategik antara agensi ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam menjaga kesejahteraan masyarakat serta memelihara kelestarian alam sekitar. JAS Negeri Pahang akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan kerjasama antara agensi bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar sentiasa berada pada tahap yang tinggi.