PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran

PROGRAM BALOK PERDANA BIJAK BENCANA 2026

JAS PAHANG 10/06/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM BALOK PERDANA BIJAK BENCANA 2026
Tahun
2026
Organisasi
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (IIUM)
Lokasi
BALOK PERDANA

Penerangan

abatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menyertai Program Balok Perdana Bijak Bencana 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Masyarakat, Kulliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Kampus Kuantan di Taman Balok Perdana, Kuantan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan industri, kesiapsiagaan menghadapi bencana serta perlindungan kesihatan pernafasan melalui pelbagai aktiviti pendidikan, pameran dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Sebagai salah satu agensi yang terlibat, JAS Negeri Pahang telah mengadakan pameran serta perkongsian maklumat berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, di samping memperkenalkan peranan dan fungsi jabatan dalam memastikan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat. Selain itu, JAS Negeri Pahang turut membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kesukarelawanan alam sekitar. Inisiatif ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian sukarelawan alam sekitar serta memupuk kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Antara pengisian menarik yang disediakan sepanjang program ini ialah demonstrasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, latihan CPR, pameran dan perkongsian berkaitan kesiapsiagaan bencana serta pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung. Semoga program seumpama ini dapat terus memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesiapsiagaan bencana, penjagaan kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar ke arah mewujudkan komuniti yang lebih selamat, sihat dan lestari