Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN PREMIS KITAR SEMULA SISA PLASTIK 4 Mei 2026, Johor Bahru - Unit Input Pembangunan, JAS Negeri Johor telah menjalankan lawatan premis kitar semula sisa plastik di Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat berkaitan cadangan projek di atas tapak premis yang dicadangkan bagi mengenal pasti potensi isu-isu alam sekitar sebelum mengemukakan sokongan bagi lesen premis. Antara perkara utama yang diberi perhatian semasa lawatan adalah lokasi tapak premis dan komponen penerima sensitif di sekitarnya, operasi dan kapasiti pemprosesan dan kelengkapan sistem kawalan pencemaran yang dipasang di premis yang akan beroperasi bagi memastikan apa-apa pelepasan dari premis mematuhi standard yang ditetapkan dalam AKAS 1974 dan Guidelines on Pollution Prevention in Industrial Siting 2025.
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- UNIT INPUT PEMBANGUNAN
- Lokasi
- KAWASAN PERINDUSTRIAN TAMPOI