Koleksi Digital
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KESALAHAN PERLANGGARAN SYARAT LESEN: SYARIKAT BERASASKAN KELAPA SAWIT MENTAH DIDENDA RM120,000 Sebuah syarikat memproses buah sawit mentah di Batu Pahat, Johor telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM120,000 bagi kesalahan melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM25,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Syarikat berhadapan dengan 3 pertuduhan di mana melibatkan pelepasan efluen melebihi had yang ditetapkan bagi parameter Biochemical Oxygen Demand (BOD), Pepejal Terampai (SS) dan Ammonikal Nitrogen (AN) sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat lesen 7(i), 7(ii) dan 7(iv), dengan no lesen 006374. Syarikat yang diwakili oleh Pengurus Syarikat telah membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Batu Pahat pada 5 Mei 2026. Tertuduh telah disabitkan kesalahan di hadapan Tuan Hakim, Osman Affendi bin Mohd Shalleh. Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat.
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Bahasa
- MY