Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMANTAUAN DAN RONDAAN SUSULAN ADUAN TUMPAHAN MINYAK DI KAWASAN SEDILI DAN DESARU 4 MEI 2026, KOTA TINGGI - Susulan aduan awam yang diterima berkaitan penemuan minyak di kawasan Pantai di Sedili dan Desaru, Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang telah menjalankan rondaan pantai di sekitar kawasan Sedili dan Desaru iaitu Pantai Temalah Sedili Besar, Pantai Manis Tanjung Sedili, Pantai Teluk Mahkota, Pantai Sedili Kecil, Pantai Tanjung Buluh, Pantai Tanjung Balau, Pantai Tanjung Lompat, Pantai Desaru dan Pantai Batu Layar. Tujuan rondaan adalah bagi memantau pencemaran minyak di kawasan pantai-pantai yang terlibat. Hasil rondaan mendapati tiada minyak atau tarball dikesan di sepanjang pantai-pantai tersebut. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga turut membantu dengan menjalankan pemantauan laut di Perairan Sedili dan Perairan Pengerang. Hasil pemantauan mendapati tiada penemuan minyak di laut. Jabatan menyeru kepada semua pihak supaya bersama-sama cakna menjaga pantai dan laut di seluruh Malaysia supaya bebas daripada sebarang pencemaran.
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- UNIT ADUAN DAN KONTIGENSI
- Lokasi
- PANTAI SEDILI DAN DESARU