PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS PEMBUATAN PERABOT MUAR, 07 MEI 2026: Sebuah premis pembuatan perabot telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar kerana telah membina dan memasang peralatan spraybooth tanpa terlebih dahulu mengemukakan notifikasi kepada Jabatan Alam sekitar. Hasil siasatan mendapati Sistem Kawalan Pencemaran Udara gagal berfungsi dengan baik dan premis gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku dan premis diarahkan untuk mengambil tindakan pembaikan dalam tempoh POK tersebut. Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar. #NRES #JAS #JASNJ #jabatanalamsekitar #jasjohor #alamsekitartanggungjawabbersama

JAS JOHOR 11/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Tahun
2026
Organisasi
JAS CAWANGAN MUAR
Lokasi
PREMIS PEMBUATAN PERABOT DI MUAR