PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM TEST ACCEPTANCE CRITERIA (TAC) BAGI PENGGANTIAN PERALATAN KOMPONEN SUNGAI DI BAWAH PROGRAM ARP EQMP 12-13 Mei 2026, Kerja-kerja Test Acceptance Criteria (TAC) bagi penggantian peralatan komponen pemantauan air sungai sedia ada kepada peralatan baharu telah dilaksanakan di Stesen Pengawasan Automatik Sungai Muar dan Sungai Segamat di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Programme, EQMP). Penggantian ini melibatkan peralatan cerapan YSI EXO2 Multiparameter Sonde, ADCP Sontek SL 1500 dan GEOLUX RSS-2-300WL yang berupaya meningkatkan kecekapan serta ketepatan pemantauan kualiti air sungai secara berterusan. Pelaksanaan kerja ini adalah hasil kerjasama antara Seksyen Kawal Selia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara, Seksyen Perlindungan Air Sungai, Bahagian Air dan Marin, serta Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik jabatan dalam mempertingkatkan keberkesanan sistem pemantauan alam sekitar bagi memastikan pengurusan sumber air yang lebih cekap, mampan dan berdaya tahan. #NRES #jabatanalamsekitar #jasjohor #alamsekitartanggungjawabbersama

JAS JOHOR 11/06/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Tahun
2026
Organisasi
UNIT PENGAWASAN JAS JOHOR
Lokasi
MUAR DAN SEGAMAT