Koleksi Digital
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGURUS SYARIKAT DIHUKUM PENJARA DAN DENDA RM330,000 ATAS KESALAHAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL (SW102) TANPA LESEN DAN KELULUSAN EIA 18 MEI 2026, SEGAMAT – Mahkamah Sesyen Segamat telah mensabitkan kesalahan ke atas seorang penjenayah alam sekitar yang melibatkan pengurusan buangan terjadual kod SW102 (buangan bateri asid plumbum) secara haram di Kawasan Mukim Buloh Kasap, bagi kesalahan yang dilakukan pada 23 Januari 2025. Seorang Pengurus Syarikat Rainbow Metal Recycle Sdn. Bhd., Paramasivam A/L Krishnan berusia 44 tahun telah mengaku bersalah di hadapan Hakim Puan Rahimah binti Abd Majid atas enam (6) pertuduhan ke atas syarikat dan dua (2) pertuduhan ke atas dirinya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan jumlah denda RM330,000 dan hukuman pemenjaraan selama satu (1) hari. Pihak industri dan masyarakat diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti kitar semula buangan terjadual tanpa kelulusan EIA dan lesen yang sah, kerana ia berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar dan mengancam kesihatan awam. JAS menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jasjohor #alamsekitartanggungjawabbersama
- Tahun
- 2026
- Bahasa
- MY