Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGLIBATAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DALAM PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN (OSH WEEK CIDB NEGERI MELAKA TAHUN 2026)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- CIDB
- Lokasi
- MELAKA
Penerangan
10 Jun 2026, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam pameran interaktif dan penyampaian taklimat bertajuk Peranan JAS & Kuasa Komuniti: Mengurus E-waste Demi Alam Sekitar yang disampaikan oleh Ts. Mohd Azry Hanif bin Kamar, Pegawai Kawalan Kanan, JAS Negeri Melaka. Program telah diadakan pada 4 Jun 2026 bertempat di Bilik Latihan CIDB Negeri Melaka.
Ceramah yang disampaikan berkaitan pengurusan e-waste bagi memenuhi kehendak pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Selain itu, pameran interaktif alam sekitar serta kaunter pendaftaran rakan alam sekitar (RAS) juga dibuka untuk pengunjung.
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#JAS
#JabatanAlamSekitar