PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PREMIS MENJALANKAN PROSES BERASASKAN KAYU GAGAL MEMANTAU SISTEM KAWALAN PENCEMARAN UDARA DITAHAN OPERASI 26 MEI 2026, KULAI - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah menjalankan siasatan dalam tempoh perayaan pada sebuah premis berasaskan produk kayu susulan aduan diterima. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38a(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikenakan kepada proses pengeluaran mengecat. Didapati pengumpulan efluen dari sistem spraybooth gagal diurus dan dibina mengikut garis panduan ditetapkan. Aliran kumbahan daripada tangki septik juga diarahkan untuk dibetulkan dan susulan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tindakan lanjut. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #JAS #JASNJ #jabatanalamsekitar #jasjohor #alamsekitartanggungjawabbersama

JAS JOHOR 11/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Tahun
2026
Organisasi
UNIT JOHOR BAHRU BARAT JAS JOHOR
Lokasi
KULAI