PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

KILANG KIMIA DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN SERTA MERTA TANJUNG LANGSAT, 26 Mei 2026 : Sebuah premis pemprosesan minyak telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang kerana berlaku pelepasan efluen bewarna coklat ke Sungai Johor. Hasil siasatan mendapati sistem pengolahan efluen perindustrian tidak berfungsi dengan baik dan premis gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku dan premis diarahkan untuk mengambil tindakan pembaikan dalam tempoh POK tersebut. Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jasjohor #alamsekitartanggungjawabbersama

JAS JOHOR 11/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Tahun
2026
Organisasi
JAS CAWANGAN PASIR GUDANG
Lokasi
TANJUNG LANGSAT