Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SISTEM KAWALAN PENCEMARAN UDARA GAGAL DIPASANG MENGIKUT SPESIFIKASI DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN 4 JUN 2026, PONTIAN - Pegawai penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah melaksanakan pemeriksaan susulan siasatan Unit Aduan berkaitan pencemaran udara dari sebuah premis berasaskan peralatan mekanikal di Taman Perindustrian Pekan Nenas. Siasatan mendapati proses pengeluaran tidak mempunyai alat kawalan pencemaran udara dan tidak mengikut garis panduan reka bentuk. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikenakan kepada proses pengeluaran premis. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #JAS #JASNJ #jabatanalamsekitar #jasjohor #alamsekitartanggungjawabbersama
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JB BARAT JAS JOHOR
- Lokasi
- PONTIAN