Koleksi Digital / Laporan & Dokumen
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SYARIKAT BERASASKAN GETAH DIDENDA RM70,000 ATAS KESALAHAN PELEPASAN EFLUEN MELEBIHI HAD 5 JUN 2026, MUAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah berjaya mendapatkan sabitan hukuman ke atas kes jenayah alam sekitar melibatkan sebuah syarikat berasaskan getah di kawasan Tangkak. Syarikat tersebut didapati bersalah atas pelanggaran syarat-syarat lesen dengan membuat pelepasan efluen melebihi had yang ditetapkan. Pengurus Pengeluaran yang mewakili syarikat berkenaan telah mengaku bersalah di hadapan Hakim, Tuan Mohd Khairi bin Haron atas dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM70,000 selepas pihak syarikat mengaku bersalah melepaskan efluen bagi parameter Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan Pepejal Terampai (SS) melebihi had lesen. JAS ingin mengingatkan semua pihak industri agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen serta peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 demi menjamin kelestarian alam sekitar. #NRES #JabatanAlamSekitar #JasJohor #alamsekitartanggungjawabbersama
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Bahasa
- MY