Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Lawatan Penjurian Penarafan Bintang Perpustakaan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
- Tahun
- 2026
- Lokasi
- Perpustakaan Enviro JAS
Penerangan
Perpustakaan JAS telah menerima Lawatan Penjurian Penarafan Bintang Perpustakaan yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Sesi penjurian ini diketuai oleh Puan Hasnida binti Jakeria, Timbalan Pengarah Bahagian Pinjaman PNM bersama Encik Shaharizad bin Adanan, Pustakawan Perpustakaan Kuala Lumpur, manakala urus setia penilaian, Cik Azfaradila binti Zainal Abidin pada 22 Mei 2026.
Program Penarafan Bintang ini dilaksanakan bagi menilai dan mengukur prestasi perpustakaan supaya penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang. Selain itu, ia turut memberi pengiktirafan secara formal kepada perpustakaan yang menunjukkan tadbir urus terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang unggul. Program ini juga bertujuan memberi publisiti terhadap kejayaan organisasi dalam aspek pengurusan dan amalan terbaik, di samping menggalakkan persaingan sihat antara perpustakaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan. Penarafan ini turut memastikan pengurusan perpustakaan dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan serta membentuk budaya kerja berkualiti secara konsisten dalam pengurusan perpustakaan.