PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN KONTENA Pada 9 & 10 Jun 2026, Unit Penguatkuasaan PYDT JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas 24 kontena yang disyaki membawa sisa elektronik (e-waste) di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Pemeriksaan dijalankan bersama Unit Pemeriksaan Kargo Kastam Pelabuhan Tanjung Pelepas. Hasil pemeriksaan mendapati kesemua kontena yang diperiksa mengandungi buangan elektrik dan elektronik e-waste (SW110) dan buangan bateri (SW103) . Persampelan telah dijalankan ke atas barangan buangan terjadual tersebut untuk pengesahan Jabatan Kimia Malaysia. Kesemua kontena tersebut perlu dipulang semula ke negara asal selaras dengan ketetapan di dalam Konvesyen Basel. Jabatan Alam Sekitar mengambil berat akan isu-isu berkaitan pencemaran alam sekitar dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas mencegah pencemaran selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #NRES #ewaste

JAS JOHOR 12/06/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Tahun
2026
Organisasi
UNIT PYDT JAS JOHOR
Lokasi
TANJUNG PELEPAS