Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS BERSEPADU (ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Kota Kinabalu dan Cawangan Sipitang/ Beaufort
- Lokasi
- Papar
Penerangan
9 JUN 2026, PAPAR - Jabatan Alam Sekitar Kota Kinabalu bersama Cawangan Sipitang/ Beaufort telah menjalankan penguatkuasaan Kawalan Pelepasan Daripada Kenderaan Diesel bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik, IPD Papar.
Operasi fokus kepada kenderaan perdagangan. Kenderaan milik persendirian yang telah di modifikasi juga antara yang di sasarkan untuk diperiksa. Ujian asap hitam oleh JAS bagi memastikan asap yang dilepaskan mematuhi standard Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Kenderaan Diese) 1996, AKAS 1974.
Operasi bersepadu ini akan sentiasa di jalankan secara berkala bersama agensi penguatkuasa yang lain seperti JPJ, PDRM (Polis Trafik) dan agensi berkaitan bagi memastikan kenderaan perdagangan/ syarikat dan pemilik kenderaan individu sentiasa membuat penyelenggaran berkala dan tidak membuat modifikasi agar asap yang di lepaskan dari ekzos kenderaan tidak menjejaskan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jassabah_jun2026