Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PELANCARAN BAHAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DAN LAPORAN AMALAN TERBAIK PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar
- Lokasi
- The Palace Hotel, Kota Kinabalu
Penerangan
11 JUN 2026
THE PALACE HOTEL, KOTA KINABALU
Yang Berhormat Dr. Andi Md Shamsureezal Bin Mohd Saina, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar telah melancarkan Bahan Pendidikan Alam Sekitar Dan Laporan Amalan Terbaik Pelaksanaan Dasar Pendidikan Alam Sekitar Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 pada pagi ini.
Puan Nor Rashidah binti Mohd Ghazali, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah turut hadir ke majlis ini.
Bahan-bahan kesedaran alam sekitar ini telah dihasilkan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Kerajaan dan ahli-ahli Sabah Environmental Education Network (SEEN). Terdapat (6) jenis modul pendidikan alam sekitar mengikut aspek alam sekitar utama iaitu air, penggunaan tanah, pengurusan sisa, tenaga, perubahan iklim dan ‘Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA)’ dan satu (1) Dokumen Amalan Terbaik Pelaksanaan Dasar Pendidikan Alam Sekitar Sabah, dua (2) jenis permainan papan iaitu EcoExplorers dan Ecopolitan serta video kesedaran perubahan iklim.
Sekian dan terima kasih ????