PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran

PENGANJURAN PROGRAM HARI AIR DAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 2026 PERINGKAT PARLIMEN ALOR SETAR

JAS KEDAH 15/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGANJURAN PROGRAM HARI AIR DAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 2026 PERINGKAT PARLIMEN ALOR SETAR
Tahun
2026

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Hari Air Dan Alam Sekitar Negeri Kedah Bagi Tahun 2026, Parlimen Alor Setar di perkarangan Masjid An-nur, Tok Keling, Alor Setar, Kedah. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Muhamad Yusoff @ Munir Bin Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya Sumber Asli, Sumber Air Dan Alam Sekitar Negeri Kedah. Pelbagai agensi turut dijemput mengadakan pameran antaranya Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Perhilitan, Jabatan Meteorologi, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti funwalk, tanaman pokok, kuiz tentang e-waste, bermain puzzle, pemeriksaan kesihatan, forum perdana dan lain-lain lagi. Pendaftaran Rakan Alam Sekitar dan permainan Virtual Reality (VR) Alam Sekitar kepada pengunjung turut mendapat sambutan yang baik. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat setempat di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama".