PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

TINDAKAN TEGAS: Pemilik & Penyelia Premis Ditahan Susulan Insiden Asap Oren di Pasir Gudang Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) telah mengambil tindakan tegas dan drastik dengan menahan pemilik serta penyelia sebuah premis buangan terjadual yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Langkah penguatkuasaan ini diambil oleh Pasukan Tangkapan JAS Negeri Johor bersama JAS Cawangan Pasir Gudang susulan insiden pelepasan asap berwarna oren yang dikesan berlaku pada 11 Jun 2026. Siasatan rapi oleh Unit PYDT BT (Penguatkuasaan) di lokasi kejadian mendapati premis tersebut telah gagal mematuhi prosedur pengurusan buangan terjadual serta melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 16, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Bagi memastikan keselamatan penduduk setempat, pemantauan kualiti udara melalui Unit Pengawasan telah dijalankan di kawasan sensitif di SMK Taman Pasir Putih dan SMK Pasir Gudang 3. Hasil pemeriksaan menggunakan alat Portable Multigas Analyser (CEREX) mengesahkan bahawa tiada sebarang parameter gas berbahaya dikesan di kawasan sekitar setakat 12 Jun 2026. Keadaan ini berjaya dikawal hasil sinergi padu dan tindakan pantas antara agensi yang melibatkan IPD Seri Alam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Balai Bomba Pasir Gudang & Pasukan HAZMAT Johor), serta Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dalam menyekat impak insiden daripada terus merebak. Pihak JASNJ memberikan peringatan keras dan menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan kepada mana-mana pengusaha industri yang mengabaikan aspek pengurusan buangan terjadual sehingga menggugat keselamatan awam dan alam sekitar. Orang awam turut diseru untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 24 jam 1-800-88-2727, emel ke aduan_k@doe.gov.my, atau melalui portal e-aduan JAS di talian https://eaduan.doe.gov.my. #jabatanalamsekitar

JAS JOHOR 15/06/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Tahun
2026
Organisasi
JAS CAWANGAN PASIR GUDANG
Lokasi
PASIR GUDANG