Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) OLEH JAS JOHOR SEMASA RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN INDUSTRI PADA HUJUNG MINGGU
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- UNIT ADUAN DAN KONTIGENSI JAS JOHOR
- Lokasi
- TAMAN PERINDUSTRIAN SRI PLENTONG
Penerangan
13 Jun 2026, Sabtu, JOHOR BAHRU- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan rondaan pemantauan pencemaran industri & rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka di sekitar Taman Perindustrian Sri Plentong, Johor Bahru pada hujung minggu.
Semasa rondaan pemantauan dijalankan, pasukan penguatkuasa telah mengenalpasti premis pembuatan makanan ini tidak mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dibuat di bawah Seksyen 38 (1)(a), Akta 127 bagi premis mengambil langkah kawalan & menghentikan pencemaran serta-merta.
Semua pihak diminta untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan menjadi mata dan telinga JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.
'ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA'
#NRES
#JabatanAlamSekitar