Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Kelestarian Alam Sekitar Pemantauan Ilmu SMK Limbanak Penampang 2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Institut Aminudin Baki Cawangan Sabah dan SMK Limbanak Penampang
- Lokasi
- SMK Limbanak, Penampang
Penerangan
13 Jun 2026, Penampang - Institut Aminudin Baki Cawangan Sabah dan SMK Limbanak Penampang dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan program kelestarian alam sekitar untuk warga sekolah dan komuniti setempat. Program Jalinan Korporat (JPK) dan merupakan keperluan kursus NPQEL untuk melatih para peserta memperoleh pengalaman sebenar dalam melaksanakan program tersebut agar mereka dapat mengaplikasikannya di sekolah sebagai pemimpin berprestasi tinggi.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ceramah alam sekitar, pameran, pertandingan mewarna dan melukis serta aktiviti penanaman pokok. Pegawai JAS Sabah telah menyampaikan perkongsian berkaitan bidang tugas JAS, keperluan pematuhan AKAS 1974, program pengawasan alam sekeliling dan fokus kepada Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) & Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).
Pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga telah dilaksanakan.
Diharap program alam sekitar yang dilaksanakan ini akan meningkatkan kesedaran dan pemahaman berkaitan kepentingan alam sekitar.
#jabatanalamsekitar
#jassabah_jun2026