PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974 DI PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) KILANG KELAPA SAWIT (KKS) DI SABAH

JAS SABAH 15/06/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974 DI PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) KILANG KELAPA SAWIT (KKS) DI SABAH
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau
Lokasi
Kilang Kelapa Sawit di Daerah Semporna

Penerangan

11 Jun 2026, Semporna – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menjalankan pemeriksaan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 di premis yang ditetapkan (PYDT) melibatkan kilang kelapa sawit (KKS) di daerah Semporna sebagai sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berterusan Jabatan. Sepanjang pemeriksaan dijalankan, pegawai JAS telah menilai pematuhan terhadap syarat-syarat lesen PYDT KKS, pengurusan buangan terjadual, kawalan pelepasan udara dan efluen, penyelenggaraan sistem kawalan pencemaran serta pematuhan dokumentasi dan rekod yang diwajibkan di bawah peraturan berkaitan. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap premis beroperasi selaras dengan keperluan undang-undang di bawah AKAS 1974 serta tidak menjejaskan kualiti alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah akan terus komited melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan tahap pematuhan alam sekitar sentiasa berada pada tahap yang memuaskan, selaras dengan usaha pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan. Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi berikut: Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan: https://eaduan.doe.gov.my #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_jun2026 #alamsekitartanggungjawabbersama