PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT NS CORP KEPADA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 15/06/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT NS CORP KEPADA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
Tahun
2026
Organisasi
JASNS
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

10 Jun 2026, Seremban – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi NS Corp yang diketuai oleh Dato’ Haji Azhar Anuar. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Abdul Aziz bin Parmin, Pengarah JAS Negeri Sembilan. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan cadangan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh NS Corp serta mendapatkan pandangan, nasihat dan maklum balas daripada pihak JAS berkaitan aspek pematuhan dan kelestarian alam sekitar. Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik dan jaringan dua hala antara JAS Negeri Sembilan dan NS Corp dalam usaha memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan secara mampan, seimbang serta mematuhi keperluan perundangan alam sekitar. JAS akan terus menyokong segala bentuk pembangunan demi menyokong agenda pembangunan negeri yang lestari dan berdaya saing namun aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar tetap perlu diberi perhatia utama.