Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- ADUAN PERTUMPAHAN BAHAN KIMIA DI KAWASAN PERINDUSTRIAN ARAB MALAYSIAN, NILAI, NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JASNS
- Lokasi
- SEREMBAN
Penerangan
13 Jun 2026, Seremban – Pihak Jabatan Alam Sektiar (JAS) Negeri Sembilan telah menerima aduan melalui e-aduan pada jam 9.30pagi; 13 Jun 2026 mengenai aduan pertumpahan bahan kimia di sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Arab Malaysian, Nilai. Pasukan penyiasat telah segera diarahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan.
Setibanya di lokasi, pasukan penyiasat mendapati pihak premis telah tutup operasi. Namun yang demkian, siasatan mendapati punca pertumpahan dipercayai berpunca daripada kebocoran bekas-bekas produk yang telah tamat tempoh luput yang disimpan di dalam kawasan premis. Siasatan juga mendapati pihak premis telah menyekat dan membersihkan tumpahan tersebut sebaik sahaja ianya berlaku. Pihak JASNS telah memastikan kerja pembersihan dan pengurusan sisa dilakukan mengikut Peraturan-Peraturan (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak premis juga diminta untuk memastikan proses pembersihan selesai sepenuhnya agar tidak mendatangkan sebarang pencemaran terutamanya kualiti air sungai.