PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat ยท Program Kesedaran

MESYUARAT GERAK KERJA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

JAS MELAKA 15/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT GERAK KERJA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026
Tahun
2026
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

12 Jun 2026, MELAKA - Telah berlangsung Mesyuarat Gerak Kerja Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Dr. Pubadi A/L Govindasamy, Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah Komunikasi Strategik Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka serta pegawai-pegawai kanan Jabatan serta pegawai JAS Negeri Melaka. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan awal, penyelarasan gerak kerja serta cadangan pengisian program sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti yang berupaya meningkatkan penglibatan pemegang taruh dalam agenda pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar. Sambutan HASN merupakan platform penting dalam memperkukuh kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap pemeliharaan alam sekitar serta menggalakkan penyertaan pelbagai pihak dalam menyokong usaha pembangunan mampan negara demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang. #HASN2026 #HariAlamSekitarNegara #JabatanAlamSekitar #JASMelaka #KelestarianAlam #MalaysiaMADANI #AlamSekitarTanggungjawabBersama