PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

PROGRAM PENGAUDITAN PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR BAGI KOMPONEN PENGAWASAN KUALITI AIR MARIN AUTOMATIK

JAS MELAKA 15/06/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGAUDITAN PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR BAGI KOMPONEN PENGAWASAN KUALITI AIR MARIN AUTOMATIK
Tahun
2026
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

11 Jun 2026, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka telah melaksanakan Program Pengauditan Pengawasan Kualiti Alam Sekitar bagi komponen Pengawasan Kualiti Air Marin Automatik di Stesen Pengawasan Kualiti Air Marin Automatik CM02M, Pulau Undan, Melaka. Program ini bertujuan memastikan pengoperasian stesen pengawasan dilaksanakan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan, seterusnya menjamin kualiti serta kebolehpercayaan data pemantauan alam sekitar yang diperoleh. Turut dilaksanakan sepanjang sesi ini ialah program pemindahan pengetahuan (transfer of knowledge) antara pegawai-pegawai JAS dan Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. yang memberi penekanan kepada aspek pengoperasian, penyelenggaraan serta pelaksanaan aktiviti pengawasan kualiti alam sekitar, khususnya di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Programme - EQMP). Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kompetensi pegawai dalam bidang pemantauan alam sekitar, malah membantu memastikan objektif dan skop pengauditan stesen pengawasan kualiti air marin automatik dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, sistematik dan berkesan. #JASMelaka #EQMP #PengawasanKualitiAlamSekitar #KualitiAirMarin #PulauUndan #KelestarianAlamSekitar