PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kursus

TAKLIMAT “KEEP JAS CLEAN” PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

JAS MELAKA 15/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT “KEEP JAS CLEAN” PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2026
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

15 Jun 2026, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka telah mengadakan Taklimat “Keep JAS Clean” dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi meningkatkan kesedaran warga jabatan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan bebas dadah. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Norizan bin Mohd Noor, Ketua Daerah AADK Melaka Tengah yang berkongsi maklumat berkaitan senario penyalahgunaan dadah terkini di Malaysia, trend semasa penyalahgunaan bahan terlarang serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil oleh setiap individu. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga JAS mengenai ancaman dadah serta kesannya terhadap individu, keluarga dan organisasi, memupuk budaya kerja yang sihat, produktif dan bebas daripada pengaruh dadah seeta mengukuhkan integriti serta kesejahteraan warga kerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Melalui kerjasama strategik antara JAS Negeri Melaka dan AADK, usaha pencegahan dan pendidikan berkaitan penyalahgunaan dadah dapat diperkukuhkan bagi memastikan persekitaran kerja yang kondusif, berintegriti serta bebas daripada sebarang bentuk penyalahgunaan bahan terlarang. Semoga program seumpama ini dapat terus menyemai kesedaran dan memperkukuhkan komitmen seluruh warga JAS Negeri Melaka dalam menyokong aspirasi Tempat Kerja Bebas Dadah serta membentuk masyarakat yang lebih sejahtera. #JASMelaka #KeepJASClean #AADK #TempatKerjaBebasDadah #MalaysiaBebasDadah #JabatanAlamSekitar #MelakaMajuJayaRakyatBahagia