Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENYAMPAIAN ANUGERAH SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA SESI 2025/2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- SMK La Salle Sentul
Penerangan
10 JUN 2026, KUALA LUMPUR - Program Penyampaian Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi Sesi 2025/2026 telah berjaya dilaksanakan di SMK La Salle Sentul. Majlis penyampaian anugerah dan hadiah kemenangan telah disempurnakan oleh Puan Shafariza Binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL).
Turut hadir memeriahkan majlis ialah En Aziz Bin Hashim, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPN WPKL), serta En Suffian Bin Mahmud, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Murid, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPN WPP).
Majlis turut diserikan dengan Pameran Interaktif Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) yang menampilkan pelbagai aktiviti dan perkongsian ilmu berkaitan isu-isu alam sekitar, amalan hijau serta langkah-langkah ke arah pembangunan mampan. Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang menerima pengiktirafan pada tahun ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama