Koleksi Gambar / Aktiviti · Bengkel · Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI PENERANGAN DARI DELEGASI JAPAN AUTOMOBILE STANDARDS INTERNATIONALIZATION CENTRE (JASIC), BERSAMA MOTORCYCLE & SCOOTER ASSEMBLERS AND DISTRIBUTORS ASSOCIATION OF MALAYSIA (MASAAM) BERKENAAN STATUS SEMASA GERAK KERJA PEMBANGUNAN DRAF UNR40-03 – PEMBANGUNAN STANDARD PELEPASAN EURO 4 BAGI MOTOSIKAL BAHARU DI BAWAH PERATURAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU NOMBOR 40 (UNITED NATION REGULATIONS 40)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- BAHAGIAN UDARA
- Lokasi
- PUTRAJAYA
Penerangan
PUTRAJAYA, 16 JUN 2026 – Sesi penerangan berkenaan status gerak kerja semasa bagi draf UNR40-03 oleh delegasi-delegasi dari Japan Automobile Standards Internationalization Centre (JASIC), dengan kehadiran pegawai-pegawai teknikal dari persatuan Motorcycle & Scooter Assemblers and Distributors Association of Malaysia (MASAAM) telah diadakan di Bilik Ixora, Bahagian Udara, JAS Ibupejabat. Sesi penerangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Encik Ryan Ooi Chean Weai, Menanggung Tugas Pengarah Bahagian Udara dan pegawai-pegawai dari Seksyen Kenderaan Motor, Bahagian Udara. Turut hadir ke sesi penerangan tersebut adalah pegawai teknikal dari Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii).
Malaysia kini melaksanakan standard pelepasan motosikal pada tahap Euro 4 berasaskan Global Technical Regulations (GTR). Sehubungan itu, perkembangan pembangunan standard pelepasan enjin Euro 4 bagi motosikal baharu di bawah UNR-40, iaitu Peraturan PBB (UNR – United Nations Regulation) yang menjadi rujukan JAS dalam penetapan standard pelepasan motosikal, adalah penting bagi memastikan penyelarasan rujukan JAS kepada Peraturan UN. Status terkini mengenai pembangunan standard tersebut telah dibentangkan oleh delegasi JASIC dalam sesi ini.
Dalam sesi penerangan ini, pihak JAS mengambil maklum berkenaan status terkini program pembangunan UNR40.03 tersebut dan pihak JAS sentiasa menyokong sebarang pelaksanaan atau pembangunan program yang menjurus kepada pelepasan ekzos kenderaan yang lebih bersih.