Koleksi Gambar / Aktiviti · Mesyuarat · Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK JEREBU DAN CUACA KERING KEBANGSAAN BIL. 1/2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- BAHAGIAN UDARA
- Lokasi
- PUTRAJAYA
Penerangan
15 Jun 2026, Putrajaya - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bil. 1/2026 yang diadakan secara hibrid dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Putrajaya.
JAS diwakili oleh YBrs. Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, YBrs. Encik Ryan Ooi Chean Weai, Ketua Penolong Pengarah Kanan yang menjalankan tugas Pengarah Bahagian Udara, serta pegawai-pegawai Bahagian Udara. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan dengan pengurusan jerebu dan cuaca kering, manakala wakil Jabatan Alam Sekitar Negeri dan Kerajaan Negeri menyertai mesyuarat secara dalam talian.
Mesyuarat membincangkan status terkini cuaca dan kualiti udara negara, tindakan dan strategi pencegahan pembakaran terbuka serta langkah kesiapsiagaan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi cuaca kering dan kemungkinan berlakunya pencemaran jerebu rentas sempadan.