Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN SEMPENA HARI TERBUKA HRD CORP – EDISI HARI HIJAU
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching, Sarawak
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Hari Terbuka HRD Corp – Edisi Hari Hijau anjuran HRD Corp Pejabat Negeri Sarawak, Cawangan Kuching pada 11 Jun 2026. Program ini telah diadakan di Wisma PERKESO, Kuching, Sarawak.
Sepanjang pameran berlangsung, aplikasi MyJAS EQMS dan laman sesawang MyEQMS telah diperkenalkan kepada para pengunjung yang hadir di ruang pameran JAS. Penerangan berkaitan fungsi dan kepentingan aplikasi dan laman sesawang tersebut turut disampaikan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman warga HRD Corp serta para jemputan mengenai usaha pemantauan dan pemeliharaan kualiti alam sekitar.
Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut dilaksanakan, antaranya pendaftaran ahli baharu Rakan Alam Sekitar (RAS), pengedaran bahan penerbitan seperti risalah berkaitan larangan pembakaran terbuka, pencegahan pencemaran sungai serta amalan penjagaan alam sekitar. JAS Sarawak turut mengambil peluang untuk mempromosikan seminar yang bakal dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (KESSAR).