Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH ALAM SEKITAR SEMPENA HARI TERBUKA HRD CORP – EDISI HARI HIJAU
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching, Sarawak
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena Hari Terbuka HRD Corp – Edisi Hari Hijau anjuran HRD Corp Pejabat Negeri Sarawak, Cawangan Kuching pada 11 Jun 2026. Program ini telah diadakan di Wisma PERKESO, Kuching, Sarawak. Sesi perkongsian ilmu ini bertujuan memperkasa majikan dan pengamal sumber manusia mengenai kepentingan amalan hijau dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.
Ceramah bertajuk “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” telah disampaikan oleh Tuan Ts. Mirza bin Zainudin, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), JAS Sarawak. Ceramah tersebut menyentuh pelbagai aspek berkaitan pencemaran sungai, termasuk punca-punca pencemaran, kesan-kesannya terhadap alam sekitar serta beberapa insiden pencemaran sungai yang pernah berlaku di dalam dan luar negara. Ceramah tersebut telah dihadiri oleh seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada majikan dan pekerja daripada pelbagai syarikat di sekitar Kuching, Sarawak.
Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan kesedaran, memperkukuh pengetahuan serta memupuk amalan penjagaan alam sekitar yang lebih bertanggungjawab dan lestari dalam kalangan masyarakat di Negeri Sarawak.